Galeri Seni Sekolah Tinggi Perempuan Melaka

Pandangan Luar Galeri Seni

Sebuah lagi Galeri penting di sekolah ialah Galeri Seni . Galeri Seni ini telah dibina bangunannya pada tahun 2008 bersebelahan Dataran Ilmu. Galeri ini telah dibina setelah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Galeri ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan sekolah. Menjadi tumpuan lawatan dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara. Sesuai dengan Pendidikan Seni Visual sebagai Kebitaraan sekolah, Galeri ini menempatkan bahan-bahan yang merupakan hasil karya seni visual pelajar SMK Tinggi Perempuan sejak tahun 2008 hingga ke hari ini. Kini Galeri Seni juga merupakan Galeri Warisan Sekolah yang diletak dibawah pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Dengan adanya Galeri Warisan, bukan sahaja membolehkan warga SMK Tinggi Perempuan Melaka mengetahui perkembangan sekolah sejak permulaan bahkan dapat memartabatkannya sebagai gedung ilmu dan sekaligus sebagai muzium atau arkib di peringkat sekolah mahupun negeri Melaka.

Galeri Seni